HAKIKAT HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

HAKIKAT HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

HAKIKAT HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

Jikalau kita perhatikan hubungan hakikat manusia dan hakikat Allah,  ia suatu hubungan yang sangat erat dan amat mesra,  seolah-olah dua nama bagi menunjukkan satu wujud.

Hubungan yang amat erat itu, umpama hubungan yang terjalin antara ruh dan jasad, sangat erat dan tidak dapat dipisahkan. Kerana eratnya hubungan itu, kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa wujudnya manusia, dan manusia tidak akan ada  jikalau tidak wujud Allah. Manusia adalah maujud (yang menunjukkan) kepada yang wujud.

Dengan itu kewujudan manusia adalah bagi menunjukkan kewujudan Allah, dan Allah menjadikan manusia untuk menunjukkan keadaannya dan Kekuasaannya.

Persoalannya  mengapa Allah yang menjadi Tuhan dan Nur Muhammad (ruh) menjadi hamba, ini kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat antara Allah dan Nur Muhammad, yang mewakili sekelian ruh.

Perjanjian itu yang dibuat di Alam Ruh, ia adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditukar-tukar  lagi. Semasa di Alam Ruh, ruh telah berjanji dengan Allah, atau perjanjian  antara Nur Allah dan Nur Muhammad, atau perjanjian antara Dzat dengan Sifat. Dalam perjanjian itu Nur Muhammad  telah memperakui Dzat sebagai Tuhan dan Nur Muhammad  sendiri sebagai hamba.

Perjanjian itu QS  Al A’raf 7:172: Bukankah Aku ini tuhanmu ? …Ya,, kami menjadi saksi.

Apabila Nur Muhammad  memperakui Dzat adalah Tuhannya, maka sejak semula jadi ruh perlu mengingati (berzikir) kepada Allah.

Itulah sebabnya ruh diberi jasad supaya dapat menzahirkan diri  Rahsia Dzat, diri yang sebenar-benar diri, iaitu diri batin kepada manusia. Pentingnya perjanjian itu adalah, tanpa perjanjian itu ruh tidak akan mempunyai  jasad dan Dzat Allah tidak akan wujud dalam ingatan (dzikir).

Oleh karena itu ruh perlu mengingat Dzat, yang Zahir memuji yang ghaib (Batin). Jikalau manusia tidak berzikir atau mengingati Allah, maka kewujudan Allah tidak akan nyata, Dzat akan ‘hilang’ dalam keghaiban dengan begitu sahaja.

Allah berfirman QS Al Baqarah 2:152: Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepada mu… berterima kasihlah kepadaKu dan jangan kamu mengkufuri nikmatKU.

Tujuan Allah memberikan jasad kepada ruh adalah untuk mengingatkan manusia tentang DzatNya, iaitu Tuhan semesta alam. Dan untuk mengingatkan bahawa setiap yang wujud di dunia ini adalah berasal daripada Dzat Allah.

Tanpa adanya Diri Rahsia Allah (…maka Ku tiupkan RuhKu) pada manusia adalah mustahil manusia  wujud seperti yang ada sekarang ini.

Kesimpulannya kita beribadah dan  berzikir (mengingati Allah) adalah untuk mengingatkan diri kita sendiri (manusia) bahawa ruh kita ini sebenarnya berasal dari Dzat Allah,  dan dengan itu perlu mengingati Dzat Allah, iaitu Diri yang sebenar-benar Diri.

Tetapi,  walaupun telah mencapai makam Keesaan,…..hamba tetap hamba, kerana Tuhan tidak suka kepada yang menyombong diri.

MENGENAL DIRI SEKALIGUS MENGENAL ALLAH

Dalil.Awaluddin Ma’rifatullah = awal ber Agama Mengenal akan Allah.
Berlakunya sembah Kepada Allah Atas Kenal, kalau tidak kenal Cuma hayal.

Man Arafa Napsahu Pakat Arafa Rabbahu = Barang siapa Mengenal dirinya maka Akan kenal pada Tuhannya.
Dalil : Innalillah = sesungguhnya kita berasal dari Allah
Wa ilaihi rojiun = Akan kembali kepada Allah.

Pembuktian Sesungguhnya kita Berasal Dari Allah.
Kata Allah dlm hadis qudsi: Aku adalah Perbendaharan Yang Ter sembunyi.
Aku ingin Terkenal dan dikenal Maka kuciptakan Mahluk adam dan segala alam dan isinya.
Kata Allah : Aku ingin Melihat diri Di luar diri ku.
Sebenarnya sebelum ada langit dan bumi , sebelum ada surga dan Neraka.
Dan juga sebelum Ada Mahluk. Dan Allah pun belum di kenal sudah adalah kita-kata.

Sekarang ? adanya kita dimana?

Jawab:
Adanya kita semua Yaitu didalam Perbendaharan Allah didalam kunhi zat allah.

Sedangkan Allah Masih seorang diri. Apakah ruh kita , apakah Sama Usia Allah dengan Ruh kita ?. sama-sama tiada Awal tiada akhir.

Kata Allah Wahai segala Perbendaharaan ruh Manusia Aku ingin Mencipta Alam perhatikan dan sebut KUN secara bersama-sama.

KUN = bersama-sama jadi 7 lapais bumi dan isinya tumbuhan dan Binatang didarat dan dilaut.KUN jadi 7 lapis langit Dan pelanet, tatasurya.dan Gugusan bintang
KUN jadi Surga . KUN jadi Neraka. KUN jadi Malaikat, KUN lagi Jadi Jin, KUN lagi Jadi Iblis. Sudah 7 x KUN.

Kesemuanya tersebut, Kata Allah Adalah Berdiri Sendiri dengan Nyawa Masing-masing. Kesumuanya aku yang mengendalikannya. Yang sudah diberi tugas sesuai Perjanjian dalam bahasa ilmu Arruh Nur Muhammad. (kiasan ini) ini sengaja di bikin biar cepat di pahami.

baca juga :